Rinto Harahap

Rinto Harahap (lahir di Sibolga, Sumatera Utara, 10 Mac 1949 – meninggal di Singapura, 9 Februari 2015 pada umur 65 tahun) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penggubah lagu, dan penerbit Indonesia. Pada 1965 beliau mengasaskan band The Mercy's yang dianggotai oleh Rinto Harahap sendiri, abangnya Erwin Harahap, rakannya Reynold Panggabean, Rizal Arsyad, dan Iskandar. Kemudian formasi berubah dengan kemasukan Charles Hutagalung menggantikan Iskandar dan Albert Sumlang menggantikan Rizal Irsyad. Kumpulan ini mencapai kejayaan pada tahun 1970-an dengan mengeluarkan banyak lagu hits ketika itu. Selain menjadi komposer, dia juga memiliki syarikat rakaman bernama Lolypop pada tahun 1970-an dan 1980-an. Ramai penyanyi Indonesia popular berkat lagu-lagu mereka, termasuk Nia Daniati, Betharia Sonata, Christine Panjaitan, Iis Sugianto, Rita Butar-butar, dan Eddy Silitonga.[1][2]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Rinto Harahap http://www.kapanlagi.com/indonesia/r/rinto_harahap... https://web.archive.org/web/20100412115112/http://... http://www.pdat.co.id/hg/apasiapa/html/R/ads,20030... https://web.archive.org/web/20150706030033/http://... http://www.tokohindonesia.com/biografi/article/286... https://web.archive.org/web/20150204235626/http://... http://www.indosiar.com/gossip/rinto-harahap-akan-... http://sudut-bidik.blogspot.co.id/2008/08/biografi... http://www.wowkeren.com/berita/tampil/00067321.htm... http://seleb.tempo.co/read/news/2015/02/10/2196412...